Pemerintahan Perlis ڤمرينتاهن ڤرليس Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail

Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.

Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.